Resepi Sambal Ikan Bilis Dan Tempoyak - Resepi Tempoyak Ikan Bilis Enak


Menu Apa Hari ni? Boleh Lah Cuba Masak Resepi Sambal Ikan Bilis Dan Tempoyak Yang Enak Hari Ni!

Bahan-Bahan Untuk Membuat Resepi Sambal Ikan Bilis Dan Tempoyak ialah:

4 genggam ikan bilis mata biru,
10 sudu tempoyak,
2 genggam cili api merah,
2 biji cili merah besar,
3 ulas bawang merah,
1/2 inci kunyit hidup,
4 batang serai dititik,
4 helai daun kunyit dihiris halus,
garam & aji,
gula.

Cara Memasak Sambal Ikan Bilis Dan Tempoyak:
Tumbuk cili api merah,cili merah besar,bawang merah dan kunyit.

Panaskan 1 cawan minyak.. goreng ikan bilis hingga agak layu sahaja..

Masukkan bahan yang telah ditumbuk.. tumiskan hingga kekuningan..

Masukkan pula serai dan tempoyak dan sedikit air..

Diikuti garam.. gula dan aji secukup rasa..

Akhir sekali masukkan daun kunyit..

Dah pun siap..